Monday, 19 January 2015

Daftar Perniagaan di SSM

Hi,

Finally, dapat jugak nak register company.. Before ni nak wat via online tapi nak bukak website SSM tak dapat2.. Pastu harini try bukak, boleh la pulak.. Hewhewhew..

Tapi Ita tak buat secara online pon.. Pergi pejabat SSM dekat Menara Ansar,Johor Bahru.. Actually dah 2 kali datang.. First dengan Naz & Baby Nazheff.. Pergi hari Ahad (Kat Johor, Ahad-Khamis ialah hari bekerja) perghhhhhhh ramai giler orang.. Ye lah kan, yang keje private sector kebanyakkan hari Ahad tak keje, tu yang sume datang serbu hari Ahad termasuklah diri ini.

So, hari khamis lepas Ita amik halfday n pergi SSM.. Tak ramai orang okeyyy, beza gile dengan masa pergi hari Ahad tu..

Haaaaaa sebelum nak pergi SSM make sure 2 benda ni dah ada:

1) Bawak fotostat IC.. Pemilik & rakan kongsi. I milikan tunggal, so pakai IC i sorang aje

2) Kena prepare 3 nama syarikat.. Sebab kalau nama yang kita nak tu dah digunakan, dia akan pilih nama yang kedua.. Dan dekat borang memang kena isi 3 nama syarikat. Wajibulghunnah tau..



 SSM dekat Menara Ansar ni dekat tingkat 4 untuk urusan pendaftaran perniagaan.



Keluar Lif belok kiri


Langkah2:

1) Bila dah sampai, pergi terus kaunter pertanyaan untuk ambil borang. Cakap kat adik manis tu nak borang untuk daftar perniagaan.

2) Adik manis tu bagi borang & bagitau isi dalam huruf besar & pen dakwat hitam.

3) Isi borang & pergi ke kaunter pertanyaan tu lagi untuk ambil nombor.

4) Bila nombor dah kena panggil, pergi kaunter, serah borang & bayar RM70. Masa ni dia akan cek samada nama yang kita nak guna tu available or tak

5) Dia akan bagi resit bayaran dan kena tunggu dalam tempoh sejam.

6) Bila dah siap, kaunter serahan akan panggil kita dengan nama syarikat yang kita daftar tu. Haaaa jangan lupe pulak nama yang korang dah daftar tadi. 

7) Sebelum balik semak balik butiran2 dekat lesen tu.. Kalau semua ok, bole la balik dengan senang hati.. 

Dengan ini secara rasminya, diri ini ialah seorang ahli perniagaan.. Mihmihmih



Hoyehhh dapat no 3034.. Ok la tu, tunggu pon tak lama sangat.. Compare dengan pergi hari Ahad aritu ade lagi 60+ orang lagi sebelum nombor Ita.. 



Ade 7 kaunter bayaran n 1 kaunter bayaran


Ni flow chart kalau nak daftar secara Online


Ita buat tak sampai sejam dah siap.. Depands ramai orang ke tak haritu.

Im soooooo excited nak start projek baru ni.. Harap2 menjadi.. Amin

Thursday, 15 January 2015

Home Sweet Home

Hi

Lama plak tak update blog.. Ok lah, atas permintaan ramai (Naz sorang je pon.. Ahahahaha) hari ni i blanje 1 post.. En shuben dh 2-3 kali tanya nape tak update blog :D

Pejam celik pejam celik, tetibe rumah dah siap renovate dah.. Malas pulak nak wat under renovation part 3.. Gambar2 ni masa rumah dah nak hampir siap, kira last part untuk cerita pasal rumah, lepas ni citer pasal kehidupan sebagai suri rumah pulak.. Hewhewhew.. 

Untuk kenanganku dan untuk pengetahuan anak2ku di masa akan datang, meh tengok rumah korang ni.. Penat tau nak renovate walopon sikit.. 

Entrance

Before



After

Masa ni so far dah siap.. 

Living Hall

Before


After

Abaikan lelaki itu.. Itu worker tolong bersihkan rumah


Eh2 dah malam pulak.. Cenggini la jadinya.. Saya suka saya suka (sambil buat suara macam Mei Mei).. Paling suka lampu untuk tempat makan tu. Beli dekat House of Lighting, Puchong.. 

Dining

Before


After


Bawah lampu tu nak letak meja makan.. Tu dinding yang dah di extend n ada mini bar.. Sementara tu bole la makan minum duduk kat situ.. 

Dapur

Before


After



Time ni dah siap dah just paip untuk sinki je belum.. Kabinet dapur tunggu next bajet.. Ehehe.. Ni pon dah kira ok bagiku, nanti dah bersihkan cantikla jadiknya..



Ni counter bar.. Kat sini nak letak periuk nasik, heater.. Kalo ade space untuk oven, bole la sumbat kat sini jugak.. Hahaaha


Bedroom 1

 Takde pulak gambar sebelum renovate. Ni gambar masa under renovation


After


Tadaaaa camnila jadiknye.. Theme purple + grey.. Ada 2 grey, light n dark.. Tapi tergelap sangat pulak, dah nampak macam hitam.. Tapi ok la kan.. Actually tak penah terpikir nak cat macam ni.. Idea datang mase tengah google2 tetibe terjumpa 1 bilik tu cat ala2 macam ni..

Bedroom 2

Before



After



Bilik ni theme turqoise + grey + white. Bilik ni paling complicated skali.. Bukan sebab nak cat stail macam tu tapi sebab tersalah warna cat! Hahaha.. 3 kali cat dah bilik ni.. 

Bedroom 3

Ni pon takde gambar before.. Bilik ni just cat n pasang lampu n bidai.. Actually taknak cat, biar putih je.. Tapi sebab cat hijau n kelabu tu ade lebih, so cat jugaklah bilik ni..



Ok itu saje.. Jumpa lagi di lain masa.. Tata